assalamualaikum buat semua....
saya Norlida Abdullah....
PROSES
KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN
PERINGKAT SATU
NUTFAH : iaitu peringkat
pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah
berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air
mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan),
kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Menurut Ibn
Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit
yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya.
Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti
percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah
sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air
mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan ,
tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah
lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah
perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
PERINGKAT
KEDUA
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada
hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah
disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami
mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
"
Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini
mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda
yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa
maksud :
- sesuatu yang bergantung atau melekat
- pacat atau lintah
- suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama
hingga minggu ketiga did alam rahim.
PERINGKAT
KETIGA
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada
minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran
iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
"lalu
Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun :
14
Diperingkat ini sudah
berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain.
Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam
otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula
berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih
banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.
Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
PERINGKAT
KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu
kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului
pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan
membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu
Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan
Izam dengan daging"
al-Mukminun :
14
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu
sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan
tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan
saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan.
Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air
kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan
juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu
kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
PERINGKAT
KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat
ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan
pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada
bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya
Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup
lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk
menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku
tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
PERINGKAT
KE ENAM
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para
ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang
berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas
empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ
seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika
di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal
semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui
ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah
al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk
meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t
Pautan ke.....
Proses Kejadian Bayi
Pautan ke.....
Proses Kejadian Bayi
TERFIKIRKAH
AKAN UNIKNYA KEJADIAN KITA ?