Wednesday 21 December 2011

PROSES KEJADIAN MANUSIA....

assalamualaikum buat semua....

saya Norlida Abdullah....

Kawan-kawan, apa pendapat kawan-kawan tentang proses kejadian manusia. Saya sudah meletakkan beberapa isi dan fakta yang berkaitannya.  Mari kita sama-sama membincangkannya  PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT ISLAM .....


PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN

            PERINGKAT SATU
     NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
       " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

       Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran

         Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
               Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
             


PERINGKAT KEDUA
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
                                                                 al-Mukminun : 14

         Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.

 PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14

      Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

 PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
        

PERINGKAT KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.



 PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t


Pautan ke.....
Proses Kejadian Bayi
                         
TERFIKIRKAH  AKAN UNIKNYA KEJADIAN KITA ?

Terima Kasih...........



23 comments:

  1. isi menarik,boleh menambahkan pengetahuan dan memberi kesedaran kepada diri kita sebagai hamba allah tentang asal usul kejadian manusia.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, setelah membaca dapat memberi satu perasaan kesedaran yang tinggi sebagai hamba Allah yang kerdil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. betul tu... sebagai hamba Allah kita hendaklah tahu bagaimana asal kejadian kita agar kita tidak menjadi manusia yang lupa diri

      Delete
  4. bagus..teruskan memberi banyak pengetahuan...

    ReplyDelete
  5. baguslah tu...... tapi tak ada video ke? tak bestlah tak ada video

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu...la.. memang nak masuk video.. faham-fahamlah baru belajar... tolong ajarlah camne nak masuk video..

      Delete
    2. cepat ida masuk video nanti dapat markah lebih..masukkan video macamana baby boleh terbentuk dalam perut ibu..

      Delete
    3. boleh tengok dah.. video dia... uniknya kejadian Allah..

      Delete
  6. Alhamdulillah dengan terhasilnya blog ini dapat lah kita menambah ilmu pengetahuan......tahu asal usul kejadian manusia.......amin.

    ReplyDelete
  7. Saya suka tajuk ini sebab dapat tambah ilmu pengetahuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. asal kejadian manusia ni asalnya dari tanahkan? ada citer tak bab ni.. saya macam keliru bab ni..

      Delete
    2. la... tak faham rupanya.. saya pun tak berapa nak faham juga .. yang saya tahulah bab kejadian manusia ni memanglah dari tanah sebab sebelum nabi Adam dijadikan mana ada manusia lagi.. jadi Allah perintahkan malaikat meminta izin dari tanah untuk dijadikan manusia..

      Delete
  8. manusia hendaklah mengetahui asal usul diri mereka supaya jangan lupa kejadian asal

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu lieya tahu juga bab tu.. terima kasih.. maknanya kita ni di jadikan dari pelbagai tanalah ye.. sebab tu manusia ni ada yang berwarna putih, hitam, sawo matang mcam warna tanah juga...

      Delete
    2. betullah tu.. lihat tak video dari pautan tu.. uniknya kita dijadikan.. didalam perut ibu.. boleh plak bernafas didalam air.. tak lemas pun.. itulah kebesaran Allah.. tapi sedar tak ramai orang yang angkuh dengan diri sendiri... seperti firaun..

      Delete
  9. sebab tu syurga Allah kata ada ditelapak kaki ibu... jangan jadi anak derhaka tahu... renung-renung selalu kejadian kita

    ReplyDelete
  10. hargailah kedua ibu bapa kita yang maasih ada...sebelum mereka menutup mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin... tu la kecik-kecik ditimang-timang besar nanti disayang-sayang ajal nanti dalam keadaan tenang....

      Delete
    2. perhatikan betul-betul kejadian manusia dalam blog diatas. peniupan roh.. ada yang nak kongsi tentang tu...

      Delete
    3. bab-bab tu macam sukar nak dinyatakan kena tanya ulama ni.. nanti salah tafsir plak.. apa kata semak di internet tentang peniupan roh.

      Delete
    4. sunguh besar kekuasaan Allah insafnye diriku...

      Delete